Posted on 20th Mar 2019
1. Bateriku.com
Aplikasi ini sangat berguna terutama ketika anda mengalami masalah bateri kereta. Macam bateri kong, app ni mmg wajib korang simpan dalam fon. Bateri kong ni kita pun tak tahu bila ia akan berlaku kan?
2. WAZE atau Google Maps
Di Malaysia, terlalu ramai yang menggunakan 2 aplikasi ini yang fungsinya bukan sahaja untuk menunjukkan jalan tetapi aplikasi ini akan memilih jalan alternatif terbaik untuk ke destinasi yang dituju.
3. MyEG
Tak perlu susah payah pergi kaunter sana sini untuk bayar cukai & renew insurance kenderaan. Korang guna je MyEG. Nak cek saman PDRM & parking kt sini pun boleh.
Stanby tisu sekali ok? (menangis tengok banyak saman pulak)
4. Parking app
Sebenarnya parking app kat Malaysia ni ada banyak, dan kebanyakan app ini memberi manfaat kepada penduduk sekitar Lembah Klang seperti Flexi Parking, Smart Selangor, ParkEasy, JomParking & BayzParking. Tak perlu penat beratur panjang untuk bayar tiket parking dan paling best sekali ada diantara app itu korang boleh “chop parking” terus!
5. Prolintas / Plus App
App ini sesuai untuk korang yang menggunakan Lebuhraya PLUS, AKLEH, GUTHRIE, LKSA & Kajang Silk. Menerusi aplikasi ini anda boleh memantau keadaan trafik melalui CCTV, dapat tahu hotline mereka, dapat tahu nilai Tol berapa dan ada butang SOS! Yang mana anda boleh “tekan” ketika kereta anda ada masalah seperti minyak habis mahupun kereta rosak. Jangan risau, anda tidak keseorangan bila ada aplikasi ini.
Semuanya hanya di hujung jari anda gituhh…
So cukup tak semua aplikasi ini? Kalau anda masih belum muat turun, sila duduk dan buat sekarang! Jangan lupa beli powerbank sekali. Ada banyak app tetapi telefon kong tak guna juga.
Sumber: Syok.my
23rd Apr 2019
19th Apr 2019
19th Apr 2019
18th Apr 2019
20th Mar 2019
19th Feb 2019